Sekapur Sirih Dari Pengurus Pusat Bimbingan Anggun Syarmim


Tuan Haji Sani bin Hj.Yunus
Pengurus Pusat Bimbingan Anggun Syarmim

 

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya dapat juga Pusat Bimbingan Anggun Syarmim mengadakan lawan webnya sendiri sejajar sebagai pusat pendidikan yang sentiasa mengikuti perkembangan zaman dan teknologi maklumat . Kami di Pusat Bimbingan ini sentiasa peka dengan perkembangan zaman dan teknologi canggih. Sesungguhnya dunia pendidikan masa kini merupakan satu era yang sentiasa berubah dan mencabar. Dengan yang demikian, Pusat Bimbingan Anggun Syarmim tidak mahu ketinggalan dalam berkongsi idea dan maklumat demi untuk melahirkan generasi yang berpendidikan.

Pusat Bimbingan Anggun Syarmim mengucapkan ribuan terima kasih yang tiada terhingga kepada pengunjung laman web ini. Sebagai institusi pendidikan yang berpotensi dan sentiasa mahukan kepada perubahan, kami di sini amat mengharapkan sumbangan idea dan pandangan dari pengunjung sekalian.

Kami juga mengalu-alukan kedatangan anda sekalian ke pusat bimbingan kami sama ada untuk tujuan akademik atau lawatan. Melalui pusat pendidikan ini, kami menyediakan pakej pembelajaran yang menarik dan dapat memenuhi citarasa pelajar dan ibu bapa. Sesungguhnya kejayaan Pusat Bimbingan Anggun Syarmim sebagai pusat pendidikan yang cemerlang ini lahir bukanlah semata-mata kerana usaha kami sebagai kakitangan di sini tetapi juga kerana sokongan dari ibubapa dan pelajar-pelajar yang selama ini sentiasa memberi sepenuh kepercayaan dan perihatin.

Sekian, Wassalam.

 

Home ] [ Sekapur Sirih ] Doa Sekolah ] Sejarah ] Pentadbiran ] Tenaga Akademik ] Program ] Kos Pengajian ] Peluang Akademik ] Ko-kurikulum ] Iklan ] Album ]