Peluang Akademik
Pusat Bimbingan Anggun Syarmim sedia membantu anda dalam membina kecemerlangan akademik. Pendidikan kini dilihat kepada kecemerlangan, bukan semata-mata kelulusan. Kenapa anda tidak mahu mengubah nasib anda?
Melalui pusat ini anda berpeluang seperti juga orang lain, menara gading sentiasa menunggu anda. Lepasan SPM, STPM dan STAM sentiasa mempunyai peluang yang sama dan terbuka untuk melanjutkan pelajaran sama ada ke universiti tempatan atau luar negara. Anda berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sama ada peringkat Diploma atau Ijazah, mengikut mana yang berkaitan.
Anda tentu merasa bangga menjadi ahli keluarga kami. Jadikan diri anda sebagai seorang yang berjaya, dapat membuktikan diri kepada ahli keluarga, masyarakat, agama dan negara, bahawa anda seorang insan yang mempunyai cita-cita. Buktikan diri anda sebagai seorang insan yang berjaya. Kegigihan dalam mengejar cita-cita, suatu amalan mulia. Prinsipnya yang bulat tidak datang bergolek yang leper tidak datang melayang. Kesungguhan dari anda amat diperlukan. Sebagai pusat bimbingan, kami sentiasa membimbing anda. Jangan lepaskan peluang ini. Datanglah ke Pusat Bimbingan kami dengan azam yang kuat. Kentalkan semangat anda. Ingat: Kecemerlangan Anda, Kejayaan Anggun. Kami tentu gembira mempunyai seorang pelajar seperti anda yang mempunyai semangat dan cita-cita yang kental!