Sejarah Pusat Bimbingan Anggun Syarmim |
|
Pusat Bimbingan Anggun Syarmim telah ditubuhkan pada tahun 1994 dan mula beroperasi sebagai pusat tuisyen. Pusat tuisyen ini telah ditubuhkan di atas usaha gigih seorang usahawan dari Kampung Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan. Pusat Bimbingan Anggun Syarmim telah menyediakan pendidikan yang berupa tuisyen di peringkat pra sekolah sehinggalah ke peringkat STPM. Pusat ini mula berkembang dengan pesatnya pada tahun 1996, di bawah pimpinan pengetua iaitu En. Bahakimi Bin Mustapha dan Penolong Kanannya En. Mat Rizan Bin Ismail, serta dibantu oleh beberapa orang guru lain . Pusat ini telah menjalankan kelas akademik sepenuh masa di peringkat SPM, 6 Rendah dan STPM. Kelas-kelas akademik ini beroperasi pada sebelah petang. Pada tahun 1996 juga Pusat Tuisyen Anggun Syarmim telah ditukar nama kepada Pusat Bimbingan Anggun Syarmim. Nama Syarmim diambil sempena dengan nama anak perempuan sulung pengurus Anggun Syarmim hasil dari perkongsian dengan Hajjah Norizah binti Abd. Ghani iaitu Hajjah Nor Syarmim Farhah Binti Haji Mohd Sani yang dilahirkan pada 2 Januari 1991. Di atas usaha gigih semua pihak akhirnya Pusat Bimbingan ini terus berkembang dan bertambah maju sehingga ke hari ini. |
|