PROGRAM AKADEMIK

Bentuk Pengajian
Pusat Bimbingan Anggun Syarmim menawarkan dua  bentuk pengajian, iaitu pengajian sepenuh masa dan pengajian berbentuk tuisyen.Pengajian sepenuh masa atau Sekolah Swasta diadakan pada waktu petang. Ini membolehkan pelajar-pelajar sidang pagi di sekolah kerajaan juga berpeluang untuk meningkatkan pengajian dan kemahiran akademik mereka. Selain dari memberi peluang kepada kami untuk mendapatkan guru-guru yang pakar di sekolah Bantuan Penuh Kerajaan dan Para Pensyarah dari UiTM Cawangan Machang bagi mencurahkan pengalaman mereka di Pusat Bimibngan Anggun Syarmim.
       Sekolah Swasta
Kami menawarkan pakej pengajian di peringkat PMR, SPM, Enam Rendah dan STPM dengan yuran yang amat berpatutan. Tujuan utama kami ialah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar dalam menyambung dan menimba ilmu pengetahuan tanpa mengira status ekonomi dan sosial keluarga. Matlamat kami supaya semua pelajar mempunyai peluang dan mampu untuk meneruskan cita-cita mereka. Kebanggaan kami ialah kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.Kegagalan pertama dalam peperiksaan tidak bermakna anda gagal selama-lamanya.Oleh itu Anggun akan berusaha untuk membantu kejayaan anda sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Selaras dengan perkembangan terbaru dalam dunia pendidikan di Malaysia, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan satu bentuk persijilan yang baru iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Dengan yang demikian kami juga menawarkan pakej akademik di peringkat persijilan tersebut. Dengan yang demikian kami menjemput pelajar-pelajar dari aliran Arab untuk belajar di tempat kami.Kami tidak mengira di mana anda berada sama ada di Selatan Thai, Sabah, Sarawak, Singapura dan Semenanjung Malaysia atau di mana-mana sahaja. Melaui Sistem Persijilan ini pelajar-pelajar berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana Universiti yang diiktiraf sama ada dalam negara ataupun di luar negara, terutama sekali ke universiti-universiti di Timur Tengah.

       Tuisyen
Kami membuka peluang kepada pelajar-pelajar bermula di Tahap Satu hingga ke Tahap Dua (Darjah Enam)  dengan yuran pengajian yang amat berpatutan. Selain dari itu pakej kami juga merangkumi tuisyen di peringkat sekolah menengah iaitu PMR, SPM, Enam Rendah, STPM dan STAM

Kami juga menerima kemasukan pelajar-pelajar dari aliran sains dan perakaunan untuk mendapatkan perkhidmatan tuisyen. Sejajar dengan perkembangan kami yang sentiasa berterusan, kini Pusat Bimbingan Anggun Syarmim menawarkan tuisyen di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Kelas tuisyen kami diadakan pada hari jumaat dan malam. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengikuti program kami tanpa bertembung dengan aktiviti-aktiviti di sekolah harian.

Tenaga Pengajar
Tenaga Pengajar kami merupakan guru-guru yang berijazah dan penuh dedikasi. Mereka terdiri dari guru sepenuh masa di Pusat Bimbingan Anggun Syarmim,  guru-guru dari Sekolah Menengah Kerajaan dan Para Pensyarah dari UiTM Cawangan Machang. Mereka mempunyai komitmen yang sama iaitu Memburu Kecemerlangan Pelajar. Kerana itulah kepuasan kami!
Motto Kami

Kecemerlangan Anda, Kejayaan Anggun

 

Home Sekapur Sirih Doa Sekolah Sejarah Pentadbiran Tenaga Akademik Program Kos Pengajian Peluang Akademik Ko-kurikulum Iklan Album